Edisi Oktober

Rakan KS yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Oktober semuanya terdiri daripada ahli BU9. Jadi, selamat hari lahir yang ke-23 dan 25. Semoga diberi kesihatan yang baik, memperoleh rezeki yang berkat, dan menjadi guru yang berdedikasi di sekolah kelak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

video KS

Video klip unit KS semasa majlis makan malam tempoh hari
~ Semoga terhibur ~







** kredit : izzyizz85 **

laman web YouTube
&
jaringan sosial Facebook

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedetik bersama, seabad terasa


  • Pastinya inilah majlis yang kita semua nanti-nantikan bukan? Lebih-lebih lagi rakan KS. Majlis ini telah berlangsung dengan lancar mengikut perancangan. Alhamdulillah! Walaupun perjalanan menuju ke A Famosa Resort mengambil masa hampir sejam, disusuli sesi raptai (rehearsal), namun keletihan tersebut hilang apabila rakan KS gembira bersuka ria di dalam apartment mereka (Kondominium D'Savoy, Tower 1, level 3).

  • Sepanjang majlis berlangsung, lensa kamera digital tidak henti-henti menjalankan tuganya. Katakan apa saja jenama, semuanya ada. Nikon, Kodak, Canon, Olympus, Lumix, Lexus. Lexus? Lexus itu jenama kereta. Lexus tiada.

  • Khidmat pesanan ringkas : unit media blog berhasrat menyiarkan foto kalian di blog ini dalam entri terbitan akan datang. Maka, sila muat naik foto aksi yang "fuyoo..cun tak boleh blah" anda di dalam laman sosial Facebook dengan kadar segera. Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

program kembara sosial

Cadangan : program riang ria & sambutan hari lahir
Tarikh : 31 Oktober 2009 (Sabtu)
Tempat : wow wow Sagil
Nota :
  1. Prog. akan berlangsung selepas peperiksaan akhir semester (final exam) dan sebelum kursus bermula.
  2. Sekiranya rakan-rakan KS mempunyai sebarang cadangan/komen/bantahan/idea bernas lain, sila kemukakan kepada Che Ada 'comel' dan Kak Wan.

Sekian, harap maklum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8/Okt/2009


Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Ema.
Keterangan gambar :
Ini Ema di rumah terbuka Pn. Noraini.
Ema kelihatan seperti cik katering lah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rumah terbuka



Konvoi empat buah kereta ke rumah terbuka para pensyarah telah berlangsung dengan jaya dan cemerlang semalam. Terima kasih kepada semua rakan KS yang dapat memberi komitmen bagi aktiviti ini. Gambar-gambar KS yang sakan berfoto sembil menikmati juadah raya boleh dilihat di blog ini. Gambar selanjutnya, sila tatap di laman sosial Facebook. Sekali lagi, terima kasih semua..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

promosi modul


PISMK OUM Kajian Sosial (ambilan Januari 2006) akan menamatkan pengajian kami pada hujung November ini. Justeru, senior-senior KS berhasrat menawarkan modul-modul OUM pada harga yang rendah kepada junior sekalian. Butiran lanjut adalah seperti berikut :

Kumpulan sasaran : junior PISMP, PPISMP & sesiapa yang berminat
Tarikh : 5 - 30 Oktober 2009
Harga : RM10 - RM 15 (bergantung pada ketebalan modul)
Judul modul : akan dikemaskini dalam masa terdekat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS