promosi & makluman terkini

Sebuah kumpulan khusus untuk batch PISMK OUM IPG Kampus Perempuan Melayu telah berada dalam laman sosial Facebook (terima kasih Kak Ijat). Sila lihat promosi berikut :

click to facebook.com

Antara objektif utama kumpulan PISMK OUM IPGKPM ini ialah meneruskan silaturrahim yang sedia antara tiga unit PISMK OUM iaitu, Kajian Sosial, Pendidikan Seni Visual dan Prasekolah. Walaupun kita meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing, kewujudan kumpulan ini diharapkan akan membantu kita terus berhubung dengan teman terchenta yang jauh di mata (selain YM, Skype, MSN serta yang seiring dan sejalan dengannya). Penyertaan rakan-rakan sekalian amat dialu-alukan. Jangan segan-segan ye? Buat macam kelas sendiri. Lebih ramai, lebih meriah.. kan? kan?



>> akan datang ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Malam Akhir Tahun

Tarikh : 14 Nov 2009
Masa : 7.00 mlm - 11.30 mlm
Tempat : Rumah BU9


Laporan :
Alhamdulillah..majlis berjalan dgn lancar, walaupun smua ad tanda2 kerasukan nk bergambo, tp keadaan berjaya dikawal oleh pengacara majlis..he3x..pada permulaan, majlis agak BISING ngan gelak tawa maklumla lpas solat smua kelaparan..rakus3x..lpas sesi menjamu selera, tentatif diteruskan ngan sesi kejutan..smua tertanya2 apa yg bakal dihadapi..Jeng3x..ad tayangan video+sesi rakusan kek..kek yg awalnye cantek telah berkecai..he3

Namun, cuaca kesedihan mula menyelubungi Bu9 apabila sesi Wasiat Terakhir & Salam Jamai'..*Sob..S0b..Sob..(xdpt nk teruskan sbb sedih..)..apapun terima kasih yg xterhingga kpd smua Kerabat KS yg hadir, smua kenangan kiter akan diabadikan unt selamanya..

LUV U ALL!!!







Pesanan pembuat VIDEO:
- video ni khas kpd semua PISMK KS..ditayangkn sewaktu sesi Kek Besday..wlaupun, pada awlnye tertinggal pic k.ti (sorry 3x tau)..tp yg ni versi yg dh dibaiki..he3x..so..hope krg enjoy..syg korg smua!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

majlis tahlil arwah En. Azman

dalam kenangan


Tarikh : 14 November 2009 (Sabtu)
Tempat : Jalan BU 9, Taman Bachang Utama, Bachang, Melaka.
Masa : selepas solat Maghrib
Jemputan : seluruh kerabat KS
Aturcara majlis :
  • solat Maghrib berjemaah
  • tazkirah ringkas
  • majlis tahlil & bacaan Yasin
  • jamuan makan
  • sesi fotografi "memori bersama selamanya"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kursus induksi sistem saraan Malaysia

atau lebih popular dengan akronim KISSM, telah bermula...



Segala bahan kursus sama ada dalam bentuk CD mahupun bercetak telah diterima. Untuk makluman semua, KISSM pada tahun ini melibatkan seramai 387 orang guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu (KPM) termasuklah 61 orang guru pelatih PISMK OUM. Tempat kursus kita ialah di bilik Seri Kesidang, Anjung Tadbir. Antara bentuk tugasan yang akan dilaksanakan ialah tugasan individu, berkumpulan dan Ujian Akhir Kursus (UAK).


Selamat berkursus, kesemuanya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bengkel pengurusan jenazah

Bengkel pengurusan jenazah ini telah selamat dijalankan pada 4 November yang lalu. Sekalung tahniah buat pismk OUM Prasekolah selaku penganjur bengkel yang baik. Semoga ilmu tentang tatacara menziarah, memandikan, mengkafan, menyembahyangkan dan menanam jenazah akan dapat dipraktikan apabila tiba masanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bengkel pendidikan pergigian


Terima kasih atas penyertaan seluruh rakan KS semasa bengkel pendidikan pergigian tempoh hari. Tidak lupa juga, tahniah buat unit Pendidikan Seni Visual atas penganjuran yang berjaya. Rajin-rajinlah menjaga kesihatan gigi kita. Lindungi gigi daripada serangan karies, maloklusi dan gingivitis :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

seminar pendidikan pencegahan dadah



Antara petikan yang menarik sepanjang seminar :
"Pil berharga 50 sen tu bukan 50 sen ye, tapi RM50" -Cik Morni binti Mohammad.
"kamu pakai baju sama ni boria eh? Ooo.. Saya ingat kamu nak buat marhaban pula lepas ceramah ni :p" -Pn. Faizah Hayati binti Haron.
"sekolah kami ni penaja minyak masak Seri Murni" -Shakila (PSV)
"kita tunggu musim penamaan calon.." -En. Zaini bin Zainal Abidin.


Tahniah KS!
Sebuah seminar yang santai namun penuh info!


Orang haji dari Jeddah,
Buah kurma berlambak-lambak;
Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

seminar pismk oum


Tarikh : 2 November 2009 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Seri Melor, Anjung Hikmah, IPG KPM
Unit penganjur : unit Kajian Sosial
Program : Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah


Tarikh : 3 November 2009 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Anjung Hikmah
Unit penganjur : unit Pendidikan Seni Visual
Program : Seminar Pendidikan Pergigian

jenazah Pictures, Images and Photos
Tarikh : 4 November 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Balai Islam Sayidatina Aisyah (BISA)
Unit penganjur : unit Prasekolah
Program : Seminar Pengurusan Jenazah


Selamat berseminar semua..
Nota :
  1. Sila bawa pen marker bagi sesi LDK semasa Seminar Pencegahan Dadah.
  2. Maklumat terkini berkenaan seminar akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
  3. Segala kerjasama rakan-rakan KS didahului dengan ucapan terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS