sekolahku syurgaku

"Cikgu mengajar di sekolah mana?"



Senarai sekolah bagi cikgu-cikgu KS (setakat ini) adalah seperti berikut :

1) Eyla : SK Seri Kepayang, Ipoh, Perak.
2) Kak Ijat : SK Ulu Sepetang, Taiping, Perak.
3) Inaz : SK Kampong Tua, Parit Buntar, Perak.
4) Farhana : SK Tanjong Piandang, Parit Buntar, Perak.
5) Paah : SK Bukit Gelugor, Pulau Pinang.
6) Naddy : SK Permatang Keledang, Pekan, Pahang.
7) Hawa : SK Nenasi, Pekan, Pahang.
8) Salsabila : SK Teruntum, Kuantan, Pahang.
9) Yana : SK Paya Ara, Temerloh, Pahang.
10) Kak Long : SK Shah Alam, Shah Alam, Selangor.
11) Kak Tie : SK Puncak Alam 2, Shah Alam, Selangor.
12) Zati : SK Kem Gemas, Negeri Sembilan.
13) Nisa : SK Undang Johol, Negeri Sembilan.
14) Sue : SK Palong 4, Negeri Sembilan.
15) Kak Yuni : SK Pulai Sebatang, Pontian, Johor.
16) Ema : SK Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Sri Ledang Muar, Jementah, Johor.
17) Fay : SK Felcra Bukit Kepong, Johor.
18) Ada : SK ?, Pahang.
19) Wanie : SK Pandan Jaya, Hulu Langat, Selangor.
20) Kak Wan : SK Tundunbohangin, Kinabatangan, Sabah.

* Maklumat terbaharu akan sentiasa dikemaskini. Harap maklum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mari menabur bakti

Salam semua.. ~


Berikut merupakan senarai alumni ks yang telah mengetahui negeri yang bakal dituju selepas ini :


1) Perak : Eyla, Inaz, Kak Ijat, Farhana
2) Selangor : Wanie, Kak Long, Kak Tie
3) Pahang : Salsabila, Awe, Naddy, Ada, Yana
4) Johor : Fay, Ema, Kak Yuni
5) Negeri Sembilan : Sue, Zati, Nisa
6) Pulau Pinang : Paah
7) Sabah : Kak Wan (you asked for it =)


Majoriti mendapat tempat yang diminta, kecuali Izzati (Zati, negeri Johor dan Pahang tidak jauh dari N9 ok! ^^) Maklumat ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Nantikan senarai sekolah alumni ks dan satu pengumuman baharu pula dalam entri yang seterusnya.

Erm .. dengar khabar, ramai unit prasekolah yang akan ke seberang laut (baca : Sabah dan Sarawak). Jadi, selamat menaiki belon lah ye .. ^^

Di samping itu, alumni ks juga boleh terus berdiskusi dalam kumpulan alumni pismk IPGKPM di laman sosial Facebook.

Oh ye, Encik Baharullah juga ada menelefon bertanyakan perihal posting semua alumni ks. Lalu dikhabarkan bahawa kita semua ini ibarat sirih pulang ke gagang (ditempatkan di Semenanjung Malaysia belaka kecuali Kak Wan). Beliau sudah pulang daripada mengerjakan haji. Tidak bertanyalah pula sekolah yang bakal beliau mengajar selepas ini.

Pesanan Puan Noraini ..

Be an excellent teacher and love the kids ... because it shows your acceptance (redha) with the knowledge you taught.

Puan's e-mail : norainimdyunos@yahoo.com



Sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

happy birthdays...



Hari lahir alumni KS bagi bulan Disember iaitu Kak Tie dan Yana tetap diraikan walaupun mereka kini jauh di mata.. tapi, fb kan ada! (^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

transformasi


Salam buat semua.

1) Blog The Social Studies sudah diberi nafas baharu. Kali ini, konsep yang dipilih adalah lebih santai dan relaks. Mood ceria sengaja dipilih untuk menggamit pandangan pengunjung blog.

2) Terima kasih atas segala cadangan serta garapan idea untuk menjadikan blog ini terus relevan di hati para pembaca blog, khususnya alumni KS.

3) Teruskan sokongan anda. Sebarang perkembangan alumni akan terus dipaparkan dalam blog ini dari semasa ke semasa, insya-Allah.

4) Sebarang perkongsian pengalaman dan pengetahuan sentiasa dialu-alukan di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

promosi & makluman terkini

Sebuah kumpulan khusus untuk batch PISMK OUM IPG Kampus Perempuan Melayu telah berada dalam laman sosial Facebook (terima kasih Kak Ijat). Sila lihat promosi berikut :

click to facebook.com

Antara objektif utama kumpulan PISMK OUM IPGKPM ini ialah meneruskan silaturrahim yang sedia antara tiga unit PISMK OUM iaitu, Kajian Sosial, Pendidikan Seni Visual dan Prasekolah. Walaupun kita meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing, kewujudan kumpulan ini diharapkan akan membantu kita terus berhubung dengan teman terchenta yang jauh di mata (selain YM, Skype, MSN serta yang seiring dan sejalan dengannya). Penyertaan rakan-rakan sekalian amat dialu-alukan. Jangan segan-segan ye? Buat macam kelas sendiri. Lebih ramai, lebih meriah.. kan? kan?



>> akan datang ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Malam Akhir Tahun

Tarikh : 14 Nov 2009
Masa : 7.00 mlm - 11.30 mlm
Tempat : Rumah BU9


Laporan :
Alhamdulillah..majlis berjalan dgn lancar, walaupun smua ad tanda2 kerasukan nk bergambo, tp keadaan berjaya dikawal oleh pengacara majlis..he3x..pada permulaan, majlis agak BISING ngan gelak tawa maklumla lpas solat smua kelaparan..rakus3x..lpas sesi menjamu selera, tentatif diteruskan ngan sesi kejutan..smua tertanya2 apa yg bakal dihadapi..Jeng3x..ad tayangan video+sesi rakusan kek..kek yg awalnye cantek telah berkecai..he3

Namun, cuaca kesedihan mula menyelubungi Bu9 apabila sesi Wasiat Terakhir & Salam Jamai'..*Sob..S0b..Sob..(xdpt nk teruskan sbb sedih..)..apapun terima kasih yg xterhingga kpd smua Kerabat KS yg hadir, smua kenangan kiter akan diabadikan unt selamanya..

LUV U ALL!!!







Pesanan pembuat VIDEO:
- video ni khas kpd semua PISMK KS..ditayangkn sewaktu sesi Kek Besday..wlaupun, pada awlnye tertinggal pic k.ti (sorry 3x tau)..tp yg ni versi yg dh dibaiki..he3x..so..hope krg enjoy..syg korg smua!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

majlis tahlil arwah En. Azman

dalam kenangan


Tarikh : 14 November 2009 (Sabtu)
Tempat : Jalan BU 9, Taman Bachang Utama, Bachang, Melaka.
Masa : selepas solat Maghrib
Jemputan : seluruh kerabat KS
Aturcara majlis :
  • solat Maghrib berjemaah
  • tazkirah ringkas
  • majlis tahlil & bacaan Yasin
  • jamuan makan
  • sesi fotografi "memori bersama selamanya"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kursus induksi sistem saraan Malaysia

atau lebih popular dengan akronim KISSM, telah bermula...



Segala bahan kursus sama ada dalam bentuk CD mahupun bercetak telah diterima. Untuk makluman semua, KISSM pada tahun ini melibatkan seramai 387 orang guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu (KPM) termasuklah 61 orang guru pelatih PISMK OUM. Tempat kursus kita ialah di bilik Seri Kesidang, Anjung Tadbir. Antara bentuk tugasan yang akan dilaksanakan ialah tugasan individu, berkumpulan dan Ujian Akhir Kursus (UAK).


Selamat berkursus, kesemuanya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bengkel pengurusan jenazah

Bengkel pengurusan jenazah ini telah selamat dijalankan pada 4 November yang lalu. Sekalung tahniah buat pismk OUM Prasekolah selaku penganjur bengkel yang baik. Semoga ilmu tentang tatacara menziarah, memandikan, mengkafan, menyembahyangkan dan menanam jenazah akan dapat dipraktikan apabila tiba masanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bengkel pendidikan pergigian


Terima kasih atas penyertaan seluruh rakan KS semasa bengkel pendidikan pergigian tempoh hari. Tidak lupa juga, tahniah buat unit Pendidikan Seni Visual atas penganjuran yang berjaya. Rajin-rajinlah menjaga kesihatan gigi kita. Lindungi gigi daripada serangan karies, maloklusi dan gingivitis :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

seminar pendidikan pencegahan dadah



Antara petikan yang menarik sepanjang seminar :
"Pil berharga 50 sen tu bukan 50 sen ye, tapi RM50" -Cik Morni binti Mohammad.
"kamu pakai baju sama ni boria eh? Ooo.. Saya ingat kamu nak buat marhaban pula lepas ceramah ni :p" -Pn. Faizah Hayati binti Haron.
"sekolah kami ni penaja minyak masak Seri Murni" -Shakila (PSV)
"kita tunggu musim penamaan calon.." -En. Zaini bin Zainal Abidin.


Tahniah KS!
Sebuah seminar yang santai namun penuh info!


Orang haji dari Jeddah,
Buah kurma berlambak-lambak;
Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

seminar pismk oum


Tarikh : 2 November 2009 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Seri Melor, Anjung Hikmah, IPG KPM
Unit penganjur : unit Kajian Sosial
Program : Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah


Tarikh : 3 November 2009 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Anjung Hikmah
Unit penganjur : unit Pendidikan Seni Visual
Program : Seminar Pendidikan Pergigian

jenazah Pictures, Images and Photos
Tarikh : 4 November 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Balai Islam Sayidatina Aisyah (BISA)
Unit penganjur : unit Prasekolah
Program : Seminar Pengurusan Jenazah


Selamat berseminar semua..
Nota :
  1. Sila bawa pen marker bagi sesi LDK semasa Seminar Pencegahan Dadah.
  2. Maklumat terkini berkenaan seminar akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
  3. Segala kerjasama rakan-rakan KS didahului dengan ucapan terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Edisi Oktober

Rakan KS yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Oktober semuanya terdiri daripada ahli BU9. Jadi, selamat hari lahir yang ke-23 dan 25. Semoga diberi kesihatan yang baik, memperoleh rezeki yang berkat, dan menjadi guru yang berdedikasi di sekolah kelak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

video KS

Video klip unit KS semasa majlis makan malam tempoh hari
~ Semoga terhibur ~







** kredit : izzyizz85 **

laman web YouTube
&
jaringan sosial Facebook

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedetik bersama, seabad terasa


  • Pastinya inilah majlis yang kita semua nanti-nantikan bukan? Lebih-lebih lagi rakan KS. Majlis ini telah berlangsung dengan lancar mengikut perancangan. Alhamdulillah! Walaupun perjalanan menuju ke A Famosa Resort mengambil masa hampir sejam, disusuli sesi raptai (rehearsal), namun keletihan tersebut hilang apabila rakan KS gembira bersuka ria di dalam apartment mereka (Kondominium D'Savoy, Tower 1, level 3).

  • Sepanjang majlis berlangsung, lensa kamera digital tidak henti-henti menjalankan tuganya. Katakan apa saja jenama, semuanya ada. Nikon, Kodak, Canon, Olympus, Lumix, Lexus. Lexus? Lexus itu jenama kereta. Lexus tiada.

  • Khidmat pesanan ringkas : unit media blog berhasrat menyiarkan foto kalian di blog ini dalam entri terbitan akan datang. Maka, sila muat naik foto aksi yang "fuyoo..cun tak boleh blah" anda di dalam laman sosial Facebook dengan kadar segera. Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

program kembara sosial

Cadangan : program riang ria & sambutan hari lahir
Tarikh : 31 Oktober 2009 (Sabtu)
Tempat : wow wow Sagil
Nota :
  1. Prog. akan berlangsung selepas peperiksaan akhir semester (final exam) dan sebelum kursus bermula.
  2. Sekiranya rakan-rakan KS mempunyai sebarang cadangan/komen/bantahan/idea bernas lain, sila kemukakan kepada Che Ada 'comel' dan Kak Wan.

Sekian, harap maklum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8/Okt/2009


Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Ema.
Keterangan gambar :
Ini Ema di rumah terbuka Pn. Noraini.
Ema kelihatan seperti cik katering lah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rumah terbuka



Konvoi empat buah kereta ke rumah terbuka para pensyarah telah berlangsung dengan jaya dan cemerlang semalam. Terima kasih kepada semua rakan KS yang dapat memberi komitmen bagi aktiviti ini. Gambar-gambar KS yang sakan berfoto sembil menikmati juadah raya boleh dilihat di blog ini. Gambar selanjutnya, sila tatap di laman sosial Facebook. Sekali lagi, terima kasih semua..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

promosi modul


PISMK OUM Kajian Sosial (ambilan Januari 2006) akan menamatkan pengajian kami pada hujung November ini. Justeru, senior-senior KS berhasrat menawarkan modul-modul OUM pada harga yang rendah kepada junior sekalian. Butiran lanjut adalah seperti berikut :

Kumpulan sasaran : junior PISMP, PPISMP & sesiapa yang berminat
Tarikh : 5 - 30 Oktober 2009
Harga : RM10 - RM 15 (bergantung pada ketebalan modul)
Judul modul : akan dikemaskini dalam masa terdekat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

salam aidil fitri 2009



Assalamualaikum...
pada kesempatan ini, laman blog pismk oum kajian sosial ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri buat semua rakan-rakan yang tersayang. Sekiranya ada salah dan silap, tangan dihulur, kemaafan dipinta. 0 - 0 lah ye?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Soalan tugasan sem 8

Tugasan kerja kursus bagi subjek Perkembangan Ekonomi Asas dan Pengenalan Antropologi boleh dimuat turun pada pautan ini :


Manakala pembahagian tugasan ISL bagi subjek Pengenalan Antropologi ialah seperti berikut :
  • Topik 1 : Kak Ijat & Nisa
  • Topik 2 : Kak Yuni & Kak Tie
  • Topik 3 : Kak Wan & Zati
  • Topik 4 : Sue & Ada
  • Topik 5 : Inaz & Yana
  • Topik 6 : Wanie & Fay
  • Topik 7 : Eyla & Ema
  • Topik 8 : Hawa & Naddy
  • Topik 9 : Salsabila & Farhana
  • Topik 10 : Kak Long & Paah

Nota :
  1. Tugasan ISL Pengenalan Antropologi juga boleh dimuat turun melalui pautan yang sama.
  2. Sila beri salinan softcopy ISL kepada Farhana di kelas.
  3. Farhana lebih suka sekiranya anda sudi melayangkan emel salinan softcopy ISL anda ke : nfarhana.mohtar@gmail.com

- sekian -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

saat nan syahdu


Salam manis buat semua...

Tidak sampai 2 bulan sahaja lagi, kita bakal bercerai kasih. Sebagai tanda kenang-kenangan kita bermukim selama 4 tahun di bumi Melaka, terimalah dedikasi ini. Setulus hati, seikhlas nurani, sejernih embun pagi.


~*~*~*~

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.

~*~*~*~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

salam perantau

Salam ukhuwah, salam 1Malaysia :)

Pautan ini mengandungi rujukan profil kita (unit pismk oum kajian sosial) iaitu :

Nama : __________________
Alamat : _________________
E-mel : __________________

Bagi tujuan muat turun fail Ms. Office Word (2007), sila klik di sini :




- sekian -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

la fotografia de academico


Ini gambar ke-2 yang ditunggu-tunggu.
Semua masih berada di posisi yang sama.
Cuma,
tampil dengan gaya yang berbeza.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Simfoni September



Selamat menyambut hari lahir dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini.
Semoga kita menjadi seorang cikgu mithali, anak solehah, dan muslimah mukminah.

~ * ~

Bulan kelahiran September
  • Sangat bersopan santun dan bertolak ansur,
  • sangat cermat,
  • teliti dan teratur,
  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik,
  • pendiam tetapi pandai bercakap,
  • sikap sangat cool,
  • sangat baik dan mudah simpati,
  • sangat prihatin dan terperinci,
  • amanah, setia dan jujur,
  • kerja yang dilakukan sangat sempurna,
  • sangat sensitif yang tidak diketahui,
  • orang yang banyak berfikir,
  • daya penaakulan yang baik,
  • otak bijak dan mudah belajar,
  • suka mencari maklumat,
  • kawal diri dari terlalu mengkritik,
  • pandai mendorong diri sendiri,
  • mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi),
  • banyak simpan rahsia,
  • suka sukan, hiburan dan melancong,
  • kurang menunjukkan perasaannya,
  • luka hatinya sangat lama disimpan,
  • terlalu memilih pasangan,
  • sukakan benda yang luas,
  • sistematik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sesi fotografi 09



Berdiri dari kiri: Farhana, Naddy, Kak Long, Yana, Kak Ijat, Fay, Izzati, Eyla, Ema, Hawa & Ada.
Duduk dari kiri: Inaz, Sue, Paah, Kak Yuni, Sal, Kak Wan, Kak Tie, Nisa, dan Wani.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ulangtahun kelahiran IV


:: 3 Ogos 2009 ::
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-23 buat
saudari Nadrah binti Khaidir.
Nanti lepas praktikum kita sambut dalam kelas ye..

Personaliti bulan kelahiran : OGOS

  • Suka berlawak
  • Mudah tertawan kepadanya
  • Sopan santun dan
  • caring terhadap orang lain
  • Berani dan tidak tahu takut
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
  • Pandai pujuk orang lain
  • Terlalu pemurah & bersikap ego
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi
  • Dahagakan pujian
  • Semangat juang yang luar biasa
  • Cepat marah & mudah mengamuk
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan
  • Sangat cemburu
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti
  • Cepat berfikir
  • Fikiran yang berdikari
  • Suka memimpin & dipimpin
  • Sifat suka berangan
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
  • Belajar untuk relax
  • Sikap kelam kabut
  • Romantik, pengasih & penyayang
  • Suka mencari kawan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ulangtahun kelahiran III


Personaliti mengikut bulan kelahiran : JULAI

  • Sangat seronok didamping
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
  • Agak pendiam kecuali dirangsang
  • Ada harga dan maruah diri
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus
  • Sangat menjaga hati orang lain
  • Sangat peramah
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
  • Berjiwa sentimental Jarang berdendam
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
  • Tidak suka benda remeh-temeh
  • Membimbing cara fizikal dan mental
  • Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  • Layanan yang serupa dengan semua orang
  • Tinggi daya simpati
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
  • Mudah dan rajin belajar
  • Suka muhasabah diri
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
  • Suka mendiamkan diri
  • Suka duduk di rumah
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • Tak agresif kecuali terpaksa
  • Lemah dari segi kesihatan perut
  • Mudah gemuk kawal tak kawal diet
  • Minta disayangi
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih
  • Terlalu mengambil berat
  • Rajin dalam membuat kerja

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mohon Agar Semua Cekal..

Salam aleik.
Hi alls.

Posting! Posting!
Gerun kan dengar?
Sebut saja posting mesti nampak sampan atau boat.
Sebut saja boat, mesti nampak posting atau sampan.
Sebut saja..bla bla.

Yang pastinya..dalam tempoh kurang 6 bulan lagi, ada haluan yang lebih menarik untuk dituju..insyaallah.

Namun, sudah resam menjadi guru, onak dan duri datang dalam pakej pendidik..setuju kan? Jadi, mudah-mudahan, jika semakin berat parah dugaan yang datang, akan semakin tegar, teguh dan mapan hati kita untuk berjuang sebagai khalifah ALLAH yang sarat dengan tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa..

Mohon agar kita bijak mencorak anak didikan kita. Padamkan api perkauman. Padamkan api perkauman. Padamkan api perkauman. Berikan satu nasihat yang dapat menyatu semua bangsa tanpa memilih jalan untuk mendua..nauzubillah..

Renung-renungkan kawan-kawan..Moga ALLAH sentiasa menyangi dan memelihara kita semua dengan keberkatan dan pertolonganNYA yang tak akan pernah putus..Amin :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

virus cinta

exam attack
remember to print out ur exam slip n jadual exam..
kite exam 3 hari jek..lps tu bole la bersuke ria kat kg msg2..
di kesempatan ini sy nak ucapkan kpd kengkawan 'bittaufiq wan najah' @ selamat berjaya @ good luck..study2 jgn x study..

Jadual exam semester Jan 09


Isnin (25 Mei 2009)
Ujian,Pengukuran & Penilaian dlm Pj

Selasa (26 Mei 2009)
Pembestarian Pembelajaran & Pengajaran BM
Pengenalan Sosiologi (semoga round-robin ustaz Ako berjaya)

Khamis (28 Mei 2009)
Manusia & Alam Sekitar
Makro Ekonomi (killer subject..huish)

Jumaat (29 Mei 2009)
Packing barang blik rumah..hoorey..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

seLoka suka-suki PISMK OUM KS


Assalamualaikum pembuka bicara

Salam diatur tatapan pembaca

Kami paparkan satu seloka

Celoteh PISMK KS punya cerita


Kelas kami tak pernah sunyi

Ada gilanya adalah seri

Pelajaran pula tak pernah ketepi

Semuanya 20 orang puteri..


Hawa Fathihah empunya diri

Ratu bollywood kelas kami

Orangnya cantik bergaya sekali

Jawatan K.U kami beri


Penolong K.U jawatan disandang

Sidratul Ayuni tersenyum senang

Jarang sekali dia meradang

Walaupun kelas lintang pukang


Mukanya merah pantang dipuji

Digelar Kak Long di kelas kami

Nur Amirah nama terperi

Anak ustaz sempoi sekali


Bagaikan murai tercabur ekor

Nampak kerek tapi berbudi

Dalam ujian selalu score

Itulah Nurul Suhada nama terpatri


Sopan santun raut wajahnya

Suka menyanyi tak kira masa

Petikan gitar pilihan jiwa

Noorfarhah pingping empunya cerita


Syamilah pula sederhana orangnya

Semasa belajar senyap sahaja

Tapi bila dia mula bercerita

Dunia ini dialah yang punya


Nurul Farhana blogger kami

Pencinta buku hebat sekali

Wani pula namanya diri

Bila disakat buat tak reti


Pergi kuliah bersama-sama

Ke sana ke mari mesti berdua

Mengalahkan orang sedang bercinta

Nisa dan Jajat empunya cerita


Orangnya ceria kalut sekali

Namanya Norema indah terpatri

Dari Perlis asalnya diri

Tersenyum manis selalu happy


Dari negeri cik siti wan kembang

Motor oren pujaan hati

Cikgu mengajar dia bersembang

Itulah Kak Wan ‘fair and lovely’


Kak Tie tuan si kereta Baby

Tapi bawa tak pernah sekali

Upah driver tak beri gaji

Sanggup ke Giant berjalan kaki


Kecil molek berkaca mata

Digelar 'salesgirl' kelas kami

Itulah cerita si Nursyuhada

Pandai berpantun menambat hati


Bertudung labuh manis dan sopan

Bekas YDP IPG kami

Salsabila sentiasa disenangi rakan

Menjalankan tugas penuh dedikasi


Nampak pendiam tapi suka berkawan

Tinggi lampai berkaca mata

Orangnya putih menjadi igauan

Tentulah Hafezah empunya nama


Satu-satunya puteri sudah disunting

Isteri mithali hajat di hati

Orangnya jarang sekali melenting..

Puan Iziana Fairus gelaran diberi...


Bermuka serius digeruni rakan

Tapi sebenarnya gila-gila

Itulah Naddy nama gelaran

Suruh bercakap bijak sahaja


Soalan intelek suka ditanya..

Sifat inkuiri sangatlah tinggi

Membuat kami terpinga-pinga

Itulah Izzati nama diberi


Setakat ini seloka kita

Semoga terhibur rakan semua

Harap jangan ada yang terasa

Kerana seloka ini sekadar berjenaka


Berakhir sudah seloka kami

Ampun maaf pohon di hati

Gurau bukan menyakitkan hati

Jumpa lagi dalam kelas nanti..hehe




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sinergi




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ulangtahun kelahiran II

Personaliti mengikut bulan kelahiran : APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik
  • Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • Sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • Punya daya mental yang sangat kuat
  • Suka diberi perhatian
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut
  • Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  • Emosi cepat terusik (Try control the emotion)
  • Kecenderungan bersifat dendam
  • Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
  • Kuat daya ingatan
  • Gerak hati yang sangat kuat
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


Personaliti mengikut bulan kelahiran : MEI

  • Kekerasan hati & degil
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Mudah marah apabila tidak dikawal
  • Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Cantik dari segi mental & fizikal
  • Tidak perlu dimotivasikan
  • Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • Mudah dipujuk
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Suka berangan
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
  • Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam
  • Pandai berdebat
  • Fizikal yang baik
  • Kelemahan sistem pernafasan
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong
  • Tidak berapa suka duduk di rumah
  • Tidak boleh duduk diam
  • Tidak punya ramai anak
  • Rajin dan bersemangat tinggi
  • Agak boros

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Momentum

The photo of our beloved lecturers and during one of the forum session. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Round Robin II


The moments during our Sociology class. Pleasant viewing...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Deadlines

:: HBSS 3404 ::

Makroekonomi (minggu 15)

:: HBSS 2303 ::
Pengenalan Sosiologi (minggu 15)

:: HBSS 3103 ::
Manusia dan Alam Sekitar (minggu 15)

:: HBML 2203 ::
Pembestarian p&p Bahasa Melayu (minggu 16)

:: HBPE 2203 ::
Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pen. Jasmani (minggu 16)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Class Portfolio

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ulangtahun kelahiran I

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS