Yana dapat anak lelaki ;-)


~ Facebook Yana ~

Alhamdulillah.. Yana telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.1 kg pada 11.51 malam, 26 Julai 2010 secara normal di Hospital Haji Ahmad Shah, Pahang.

Tahniah kepada Yana & suami. Er, nama baby??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat hari lahir !! [ J.u.l.a.i ]


Bulan Julai sudah hampir ke penghujung. Selamat hari lahir buat alumni yang meraikan ulangtahun yang ke-24 dan 25 dalam bulan ini. Maaf atas kelewatan. Cikgu sibuk (alasan HAHA)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semakan keputusan kursus induksi

Assalamualaikum w.b.t. ..


Keputusan KISSM 2009 telah keluar secara rasmi.
Sila semak keputusan anda seperti berikut :
www.moe.gov.my --> e-perkhidmatan --> internet --> semakan KISSM



~ Sekian, harap maklum ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat pengantin baru Sal & Amin

Seri seorang pengantin

Banner pengantin dan barang hantaran

Meja raja-raja sehari

Antara door gift yang menarik : penanda buku

Pengantin perempuan bersama rakan-rakan dari jauh

Pengantin perempuan bersama rakan sekerja

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat hari lahir.. Hawa dan Salsabila ~

Hawa Fathihah ...26 / 05 / 2010

Nur Salsabila ...31 / 05 / 2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Walimatul Urus Salsabila


Lembayung senja menggamit malam,
Menangis jentayu menanti hujan,
Hajat mulia menyusul salam,
Pohon restu kehadiran tuan.



~ Kad kahwin Salsabila ~



Dengan segala hormatnya mempersilakan rakan KS ke majlis perkahwinannya ..

tarikh :
6 Jun 2010 (hari Ahad)
tempat :
No. 1/1960 Kg. Tengah, 25200 Kuantan, Pahang.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat hari guru



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat hari lahir April


Kak Ijat,

Haaaaapi besday.

May Allah bless.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

konvokesyen khas 18 Mac

Hai teman-teman...
sudahkah anda melayari laman web OUM dan melihat iklan ini?

Majlis pengijazahan untuk PISMK

Sila semak myLMS dan dapatkan slip pengesahan kewangan bagi konvo ini.


Lihat juga klip video tentang cara pemakaian jubah OUM

Klip video kedua : tatacara kemasukan graduan ke dalam dewan, dll.



P/s : adakah muzik pada minit 2:44 ++ di dalam video ini membuat anda berasa sesuatu ? ^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

It's March.. ho yeah!

Alumni KS mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat rakan-rakan KS yang diraikan, iaitu cikgu Sue, cikgu Eyla dan cikgu Paah.

~ Ceria selalu !! ~


Sue : 6 Mac


Eyla : 9 Mac


Paah : 21 Mac

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

the simple way of reflecting

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Faybruary

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Konvokesyen Khas OUM

MAJLIS KONVOKESYEN KHAS OPEN UNIVERSITY MALAYSIA.

1. TARIKH DAN TEMPAT KONVOKESYEN:
Majlis Konvokesyen Khas Open University Malaysia bagi pengurniaan Ijazah Sarjana Muda Keguruan Dengan Kepujian akan berlangsung pada 18 Mac 2010 waktu 8.30 pagi di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.

2. SENARAI PELAJAR BAGI PENGIJAZAHAN:
Senarai pelajar bagi penganugerahan ijazah Sarjana Muda Keguruan Dengan Kepujian (tertakluk kepada kelulusan Senat) adalah seperti yang dinyatakan dalam LAMPIRAN A.2

3. SIDANG MAJLIS KONVOKESYEN KHAS:
Pengurniaan Ijazah dibuat dalam satu (1) Sidang pagi yang akan bermula jam 8.30 pagi .

4. PEMBERITAHUAN KEDATANGAN UNTUK KONVOKESYEN KHAS:
(1) Jika INGIN MENGAMBIL BAHAGIAN dalam Majlis Konvokesyen Khas, sila berada di tempat pada tarikh/masa seperti yang dinyatakan dalam JADUALPENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK dan mengikut prosedur yang dinyatakandalam perenggan 8 di bawah ini.
(2) Jika TIDAK INGIN MENGAMBIL BAHAGIAN dalam Majlis Konvokesyen Khas Pelajar dikehendaki mengisikan secara online BORANG UP-15 - BORANG JAWAPAN KETIDAKHADIRAN yang boleh diakses dari laman web OUM. (Untuk tujuan tersebut pelajar diminta login ke myLMS, klik pada tab E-Services ->Exam Online -> Convocation -> Unattendable Convocation Answer Form dankemudian ikut ARAHAN seperti yang tercatat di borang tersebut.)
(3) Mustahak : Jika mana-mana graduan memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam Majlis Konvokesyen Khas, beliau tidak akan dibenarkan untuk menghadiri lagi Majlis Konvokeyen OUM lain akan datang melainkan atas alasan luar biasa yang telah dimaklumkan awal kepada pihak OUM dan permohonan bertulis telah diterima dandiluluskan oleh pihak OUM.

5. PAKAIAN:
Para graduan diwajibkan memakai pakaian rasmi dan pakaian akademik OUM bagi MajlisKonvokesyen seperti berikut:
(a) Pakaian Rasmi Lelaki : baju kot (lounge suit ) berwarna gelap dan tali leher. Wanita : pakaian formal. Pakaian yang menutup mata dan/atau muka penuh tidak dibenarkan. Pihak OUM berkuasa melarang mana-mana graduan yang memakai pakaian tersebut untuk naik pentas pada upacara Majlis Konvokesyen Khas.
(b) Pakaian Akademik OUM Jubah, topi dan selendang.


6. YURAN KONVOKESYEN:
(1) Para graduan yang ingin mengambil bahagian dalam Majlis Konvokesyen dikehendaki membayar Yuran Konvokesyen atas kadar RM 250. Yuran Konvokesyen akan meliputi antara lain, sewaan Pakaian Akademik OUM dan bayaran gambar Konvokesyen.
(2) Yuran Konvokesyen boleh dibayar sebelum atau pada tarikh pengambilan Pakaian Akademik OUM yang dinyatakan dalam JADUAL PENGAMBILAN PAKAIANAKADEMIK (Rujuk perenggan 8).Pembayaran SEBELUM tarikh pengambilan Pakaian Akademik OUM hendaklahmelalui salah satu daripada cara berikut :
(a) Bayaran terus melalui mana-mana cawangan berikut ke dalam akaun OUM:Bank Islam (nombor akaun 14041-01-0053385), atauBank Simpanan Nasional Giro (nombor akaun 14100-29-00022495-2); atau Para graduan digalakkan menggunakan cara pembayaran ini.
(b) Wang tunai di pejabat Bendahari, Kampus Induk OUM, Kuala Lumpur; atau
(c) Kad kredit Visa atau Mastercard di pejabat Bendahari Kampus Induk OUM,Kuala Lumpur; atau
(d) Kiriman wang pos atau cek yang disediakan atas nama UNITEM. Perhatian: Pastikan resit pembayaran yang dikeluarkan oleh pihak Bendahari atauslip pembayaran Bank yang mana berkenaan, dicatatkan dengan kenyataan”Bayaran Yuran Konvokesyen Khas”.
(3) Membawa bersama resit pembayaran atau slip pembayaran daripada Bank berkenaan pada tarikh untuk pengambilan Pakaian Akademik masing-masing.


7. PENYELESAIAN HUTANG UNIVERSITI:
Para graduan yang masih berhutang yuran atau bayaran lain kepada Universiti hendaklahmenyelesaikannya sebelum atau pada tarikh pengambilan Pakaian Akademik OUM. Kaunter akan disediakan bagi maksud berkenaan pada masa pengambilan Pakaian Akademik OUM. PERHATIAN: Pihak OUM boleh menghalang dari penyertaan Majlis Konvokesyen, mana-mana graduan yang masih berhutang yuran atau bayaran lain kepada OUM.



8. PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK OUM:
Berikut adalah JADUAL PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK OUM: Tarikh Tempat 16 – 17 Mac 20109.00 pagi – 5 petang. Bilik Seminar, Blok B, Kampus Induk OUM, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.
(4) Para graduan yang ingin mengetahui arah dari ibu pejabat OUM ke PWTC dinasihatkan merujuk kepada link Location Map dalam laman web OUM. PROSEDUR Para graduan dikehendaki mengikut prosedur berikut untuk pengambilan Pakaian Akademik OUM. Sila rujuk juga kepada cartalir seperti dalam LAMPIRAN B
(1) Ambil nombor giliran dan BORANG PA - BORANG PENYEWAAN PAKAIANAKADEMIK OUM yang akan diedarkan semasa pengambilan Pakaian Akademik OUM. Para graduan dinasihatkan membaca dan mengambil perhatian tentang Syarat-Syarat Penyewaan Pakaian Akademik OUM..
(2) Jika bayaran Yuran Konvokesyen (RM250) telah dibuat sebelum ini, silamembawa bersama resit yang dikeluarkan oleh pihak Bendahari atau slip pembayaran Bank, yang mana berkenaan. dan tunjukkan kepada pihak Bendahari yang bertugas;
(3) Jika bayaran Yuran Konvokesyen (RM250) belum dibuat, isi, tandatanganBORANG PA dan membuat bayaran kepada pihak Bendahari yang bertugas ditempat yang dinyatakan serta mengambil resit untuk bayaran berkenaan.
(4) Serahkan BORANG PA bersama dengan resit / slip pembayaran Yuran Konvokesyen yang mana berkenaan, kepada staf yang bertugas di kaunter Pengambilan Pakaian Akademik OUM;(5) Ambil jubah, topi dan selendang dari staf yang bertugas;
(6) Periksa jubah, topi and selendang yang telah diambil. Jika tidak padan atau didapati tidak lengkap atau terkoyak, sila beritahu staf yang bertugas;
(7) Menuju ke kaunter di tempat yang sama untuk mengambil kad jemputan dan kad pintar yang menunjukkan nama graduan dan nombor graduan dalam susunanbarisan / tempat duduk di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur. Semasa kutipan, para graduan dinasihatkan menguji kad pintar dan menyemak maklumat di dalam kad serta sebutan nama graduan adalah betul. (Sila rujukLampiran C untuk contoh kad pintar)PERHATIAN: Simpan DENGAN BAIK, kad jemputan dan kad pintar danmembawa bersama pada hari Majlis Konvokesyen. Pelajar yang tidakmempunyai atau menunjukkan kad pintar semasa perarakan TIDAK akandibenarkan naik pentas bagi upacara pengurniaan ijazah
(8) Gosok (iron) jubah dan selendang sebelum hari Majlis Konvokesyen. PERHATIAN: Pastikan Pakaian Akademik OUM yang diambil adalah lengkapdan dalam keadaan baik. PAKAIAN AKADEMIK YANG TELAH DIAMBIL DAN KEADAANNYA DISAHKAN BAIK OLEH PARA GRADUAN TIDAK AKANDIGANTIKAN.


9. PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK OUM / PENGAMBILAN SIJIL IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMI:
Pemulangan Pakaian Akademik dan pengambilan sijil Ijazah/Transkrip Akademik Rasmi adalah pada tarikh, masa dan di lokasi seperti berikut: Tarikh Masa Lokasi18 Mac 2010 2.00 petang – 5.00 petang PWTC (Bilik akan dimaklumkan kemudian)19 – 26 Mac 2010 9.00 pagi – 5.00 petang Kampus Induk OUM, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur (Bilik akan dimaklumkan kemudian) Selepas 26 Mac 2010 Waktu pejabat Kampus Induk OUM (Isnin – Jumaat: 8.30 pagi –5.30 petang) Rehat: Isnin – Khamis: 1.00– 2.00 ptgJumaat: 12.30 thghari –2.30 petang Unit Konvokesyen (Pemulangan Pakaian Akademik) danUnit Penilaian dan Peperiksaan (Pengambilan Transkripdan Skrol), Kampus Induk OUM, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur *Denda pemulangan lewat akan dikenakan dengan kadar RM5.00 sehari mulai 29 MAC 2010.


10. KAD JEMPUTAN:
Setiap graduan akan diberikan dua kad jemputan untuk dua orang saudara mara masukdewan pada hari Majlis Konvokesyen. Kad jemputan yang hilang tidak akan digantikan. Kanak-kanak di bawah umur dua belas (12) tahun tidak akan dibenarkan masuk ke dalam Dewan Merdeka bagi Majlis Konvokesyen. Pihak OUM akan menyediakan ruang di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur bagi saudara mara graduan yang lain menyaksikan upacara Majlis Konvokesyen melalui CCTV.


11. TEMPAT MELETAK KERETA / PERKHIDMATAN SHUTTLE OUM:
Tempat meletak kereta di PWTC dan kawasan berhampiran adalah terhad. Oleh itu paragraduan dinasihatkan datang awal dengan berkongsi kereta. Bayaran untuk tempat meletak kereta adalah tanggungan graduan. Graduan digalak meletakkan kenderaan dikawasan pakir OUM. Pihak OUM akan menyediakan pengangkutan shuttle mengikut JADUAL PENGANGKUTAN SHUTTLE seperti berikut: TEMPOH 18 MAC 2010 SHUTTLE DARI OUM KL KE PWTC DARI PWTC KE OUM KL6MASA 6.30 pagi – 9.00 pagi 12.00 tengahari – 2.00 petangTEMPATMENUNGGUOUM - Dataran OUM (berhadapanPerpustakaan Digital OUM)PWTC - Ruang menunggu kenderaan.


12. GAMBAR FOTO:
Jurugambar rasmi yang dilantik oleh pihak OUM akan mengambil gambar graduan semasaMajlis Konvokesyen. Jurugambar rasmi akan memberitahu para graduan tentang tarikh dan tempat untukmengutip gambar Konvokesyen yang telah siap. Semua pertanyaan berkenaan gambar Konvokesyen hendaklah dirujuk kepada jurugambar rasmi pada waktu pengambilan Pakaian Akademik OUM dan bukan kepada pihak OUM. Semasa upacara Majlis Konvokesyen, pihak OUM memohon kerjasama saudara maragraduan jangan bergerak dari tempat duduk masing-masing untuk mengambil gambarkerana akan mengganggu perjalanan Majlis.


13. TATACARA KONVOKESYEN:
Para graduan adalah dinasihatkan merujuk kepada tayangan video/slaid, yang akan dimuatnaik dalam laman web OUM kemudian, tentang cara betul untuk memakai jubah selendang dan topi, penggunaan kad pintar, tatacara pergerakan dari tempat duduk kepentas ke tempat duduk dan penerimaan kotak/folder sijil Ijazah di atas pentas.


14. HARI MAJLIS KONVOKESYEN - MASA DAN TEMPAT BERKUMPUL:

Pada hari Majlis, apabila tiba di Putra World Trade Centre, para graduan hendaklah mara terus ke Anjung Merdeka, Aras 4, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur untuk berkumpul SEBELUM jam 8.00 pagi. Selepas berkumpul di Anjung Merdeka, staf OUM yang bertugas akan membantu graduan berbaris mengikut barisan yang ditentukan, mengiringi graduan masuk Dewan Merdeka dan mengambil tempat duduk masing-masing. Kerjasama para graduan untukberkumpul di Anjung Merdeka pada waktu yang ditetapkan dan mematuhi arahan staf OUM yang bertugas amatlah diperlukan supaya Majlis Konvokesyen dapatberjalan dengan lancar. Semasa Majlis sedang berlangsung, para graduan tidak dibenarkan bergerak dari tempatduduk masing-masing melainkan pada waktu masa untuk naik pentas menerimakotak/folder sijil Ijazah.


15. CETAKAN NAMA BAGI SIJIL IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK RASMI:
Sijil Ijazah dan Transkrip Akademik Rasmi akan dicetak mengikut nama/ejaan nama dalamrekod pelajar OUM. Jika nama/ejaan nama dalam rekod pelajar OUM tidak tepat atau telahditukar, graduan berkenaan hendaklah memberitahu nama/ejaan nama yang tepat kepadapihak Unit Rekod dan Operasi (no tel: 03- 27732430/ 2428/ 2429 atau melalui faks ke talian03-2697 8795) sebelum 18 Februari 2010. Selepas tarikh ini, permintaan untuk menukar nama/ejaan nama yang tercatat pada sijil Ijazah dan Transkrip AkademikRasmi TIDAK AKAN DILAYANI.PERHATIAN : Pada Majlis Konvokesyen yang lalu, terdapat graduan yang tidak boleh mengambil sijil Ijazah dan Transkrip Akademik Rasmi kerana nama/ejaan nama merekapada sijil Ijazah dan Transkrip Akademik Rasmi adalah tidak sama dengan nama/ejaan nama pada kad pengenalan. Oleh itu, graduan harus menyemak dan memastikan nama/ejaan nama dalam rekod pelajar OUM adalah tepat supaya masalah tidak berbangkit semasa pengambilan dokumen ini. Sekira sijil Ijazah dan TranskripAkademik Rasmi terpaksa digantikan kerana kesilapan nama/ejaan nama yangtidak dikemaskinikan awal oleh graduan, kos penggantian sijil/transkrip akanditanggung oleh graduan berkenaan.


16. PENGAMBILAN SIJIL IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK RASMI:
Sijil Ijazah dan Transkrip Akademik Rasmi akan diedarkan pada tarikh dan masa pemulangan Pakaian Akademik mengikut JADUAL PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK seperti yang dinyatakan dalam perenggan 8 di atas.Sijil Ijazah HANYA akan diserahkan apabila graduan telah memulangkan PakaianAkademik OUM dan/atau telah menyelesaikan hutang yuran / bayaran lain OUM yangmana berkenaan. PARA GRADUAN DINASIHATKAN MENYIMPAN SIJIL IJAZAH MASING-MASINGDENGAN SELAMAT KERANA SIJIL GANTIAN TIDAK AKAN DIKELUARKAN.

17. PENGAMBILAN SIJIL IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK RASMI BAGI PIHAK:
Demi keselamatan sijil Ijazah dan transkrip masing-masing, pengambilan bagi pihak graduan amat tidak digalakkan. Namun, jika seorang graduan langsung tidak dapat mengambil sendiri sijil Ijazah atas sebab yang tidak dapat dielakkan, beliau boleh memberikuasa kepada saudara mara terdekat untuk mengambil bagi pihaknya mengikuti prosedur seperti berikut:
(a) Buat permohonan bertulis kepada Timbalan Pengurus Besar (Penilaian dan Peperiksaan), Unit Penilaian dan Peperiksaan, Registri, Open Universiti Malaysia, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur untuk saudara mara berkenaan mengambil sijil bagi pihak.
(b) Berikan butir-butir saudara mara (contoh: nama, kad pengenalan, tali persaudaraan, pekerjaan) yang akan mengambil bagi pihak dalam surat permohonan rasmi anda.
(c) Tandatangan surat permohonan rasmi anda di hadapan seorang saksi yang terdiridaripada pegawai sektor awam berjawatan kumpulan A, pegawai undang-undang, Pesuruhjaya Sumpah. Pastikan jawatan dan cop organisasi saksi berkenaan adalahpada surat permohonan rasmi.
(d) Berikan surat permohonan rasmi bersama dengan kad matrikulasi, salinan kadpengenalan atau dokumen pengenalan lain anda dan slip pemulangan Pakaian Akademik OUM (jika berkenaan) kepada saudara mara yang telah diberi kuasa. Suruh beliau menyerah surat permohonan rasmi dan dokumen yang dinyatakan kepada pihak Unit Penilaian dan Peperiksaan semasa pengambilan sijil Ijazah Pihak OUM berhak menolak permohonan pengambilan sijil bagi pihak jika suratrasmi permohonan dan dokumen yang perlu adalah tidak lengkap. OUM tidak akan bertanggungjawab jika sijil yang diambil bagi pihak tidak sampaikepada graduan sendiri dan juga tidak akan menggantikan sijil yang hilang dengan sijil baru.

18. PERTANYAAN: Jika ada pertanyaan berkenaan perkara berikut, sila hubungi pegawai di talian yangdinyatakan :
(a) Majlis Konvokesyen, Pengambilan Sijil dan Transkrip Akademik Rasmi Unit Penilaian dan Peperiksaan di talian 03-27732626, 2757 dan 2764
(b) Pengambilan/Pemulangan Pakaian Akademik
(i) Encik Mahfar Abd Rahman 03-27732426
(ii) Puan Khairani Abd Razak 03-27732788
(iii) Encik Mohd Nasir Selamat 03-27732322
(c) Pembayaran Yuran Konvokesyen dan Yuran Tertunggak
(i) Encik Syahrul Effendi Sulaiman 03-27732036
(ii) Puan Ahazawiyah Bahrom 03-27732032
(iii) Cik Siti Rohani Baharom 03-27732111
(iv) Cik Norafizah Omar 03-27732282
Sumber : myLMS v4

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kisah klasik untuk masa depan







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

glory glory ~

gambar hiasan :)

Per : Konvo PISMK OUM
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa majlis pengijazahan untuk kumpulan PISMK OUM adalah seperti berikut :

Tarikh : 18 Mac 2010 (15 Mac, menurut spekulasi)
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Merdeka, PWTC.
Sasaran : PISMK OUM

Sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

perkongsian pintar

Salam ...

Semua alumni KS akan diberi akses ke blog ini bagi tujuan berkongsi sebarang berita dan pengalaman masing-masing. Untuk maksud tersebut, kata laluan (password) akan dihantar kepada alumni KS menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam masa terdekat ini. Manfaatkanlah teknologi yang ada di sekolah, contohnya perkhidmatan jalur lebar dan wireless untuk terus berhubung sesama kita.

Ini adalah e-mel alumni KS, sekaligus merupakan username bagi blog ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS