seLoka suka-suki PISMK OUM KS


Assalamualaikum pembuka bicara

Salam diatur tatapan pembaca

Kami paparkan satu seloka

Celoteh PISMK KS punya cerita


Kelas kami tak pernah sunyi

Ada gilanya adalah seri

Pelajaran pula tak pernah ketepi

Semuanya 20 orang puteri..


Hawa Fathihah empunya diri

Ratu bollywood kelas kami

Orangnya cantik bergaya sekali

Jawatan K.U kami beri


Penolong K.U jawatan disandang

Sidratul Ayuni tersenyum senang

Jarang sekali dia meradang

Walaupun kelas lintang pukang


Mukanya merah pantang dipuji

Digelar Kak Long di kelas kami

Nur Amirah nama terperi

Anak ustaz sempoi sekali


Bagaikan murai tercabur ekor

Nampak kerek tapi berbudi

Dalam ujian selalu score

Itulah Nurul Suhada nama terpatri


Sopan santun raut wajahnya

Suka menyanyi tak kira masa

Petikan gitar pilihan jiwa

Noorfarhah pingping empunya cerita


Syamilah pula sederhana orangnya

Semasa belajar senyap sahaja

Tapi bila dia mula bercerita

Dunia ini dialah yang punya


Nurul Farhana blogger kami

Pencinta buku hebat sekali

Wani pula namanya diri

Bila disakat buat tak reti


Pergi kuliah bersama-sama

Ke sana ke mari mesti berdua

Mengalahkan orang sedang bercinta

Nisa dan Jajat empunya cerita


Orangnya ceria kalut sekali

Namanya Norema indah terpatri

Dari Perlis asalnya diri

Tersenyum manis selalu happy


Dari negeri cik siti wan kembang

Motor oren pujaan hati

Cikgu mengajar dia bersembang

Itulah Kak Wan ‘fair and lovely’


Kak Tie tuan si kereta Baby

Tapi bawa tak pernah sekali

Upah driver tak beri gaji

Sanggup ke Giant berjalan kaki


Kecil molek berkaca mata

Digelar 'salesgirl' kelas kami

Itulah cerita si Nursyuhada

Pandai berpantun menambat hati


Bertudung labuh manis dan sopan

Bekas YDP IPG kami

Salsabila sentiasa disenangi rakan

Menjalankan tugas penuh dedikasi


Nampak pendiam tapi suka berkawan

Tinggi lampai berkaca mata

Orangnya putih menjadi igauan

Tentulah Hafezah empunya nama


Satu-satunya puteri sudah disunting

Isteri mithali hajat di hati

Orangnya jarang sekali melenting..

Puan Iziana Fairus gelaran diberi...


Bermuka serius digeruni rakan

Tapi sebenarnya gila-gila

Itulah Naddy nama gelaran

Suruh bercakap bijak sahaja


Soalan intelek suka ditanya..

Sifat inkuiri sangatlah tinggi

Membuat kami terpinga-pinga

Itulah Izzati nama diberi


Setakat ini seloka kita

Semoga terhibur rakan semua

Harap jangan ada yang terasa

Kerana seloka ini sekadar berjenaka


Berakhir sudah seloka kami

Ampun maaf pohon di hati

Gurau bukan menyakitkan hati

Jumpa lagi dalam kelas nanti..hehe




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

FarhahNur said...

Ho Ho.
Nice job cik CNN!
Time kasyihh!
;)

ada comel said...

eyla..ko ke yg wat seloka nie?awe ko puji yg aku ni ko kutuk..ni boleh menaikkan drah..haha

Anonymous said...

haha..jgn la marah dekan..
nie km wt sesame ngn housemate hang la..