Sedetik bersama, seabad terasa


  • Pastinya inilah majlis yang kita semua nanti-nantikan bukan? Lebih-lebih lagi rakan KS. Majlis ini telah berlangsung dengan lancar mengikut perancangan. Alhamdulillah! Walaupun perjalanan menuju ke A Famosa Resort mengambil masa hampir sejam, disusuli sesi raptai (rehearsal), namun keletihan tersebut hilang apabila rakan KS gembira bersuka ria di dalam apartment mereka (Kondominium D'Savoy, Tower 1, level 3).

  • Sepanjang majlis berlangsung, lensa kamera digital tidak henti-henti menjalankan tuganya. Katakan apa saja jenama, semuanya ada. Nikon, Kodak, Canon, Olympus, Lumix, Lexus. Lexus? Lexus itu jenama kereta. Lexus tiada.

  • Khidmat pesanan ringkas : unit media blog berhasrat menyiarkan foto kalian di blog ini dalam entri terbitan akan datang. Maka, sila muat naik foto aksi yang "fuyoo..cun tak boleh blah" anda di dalam laman sosial Facebook dengan kadar segera. Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: