Senarai sekolah bagi cikgu-cikgu KS (setakat ini) adalah seperti berikut :
1) Eyla : SK Seri Kepayang, Ipoh, Perak.
2) Kak Ijat : SK Ulu Sepetang, Taiping, Perak.
3) Inaz : SK Kampong Tua, Parit Buntar, Perak.
4) Farhana : SK Tanjong Piandang, Parit Buntar, Perak.
5) Paah : SK Bukit Gelugor, Pulau Pinang.
6) Naddy : SK Permatang Keledang, Pekan, Pahang.
7) Hawa : SK Nenasi, Pekan, Pahang.
8) Salsabila : SK Teruntum, Kuantan, Pahang.
9) Yana : SK Paya Ara, Temerloh, Pahang.
10) Kak Long : SK Shah Alam, Shah Alam, Selangor.
11) Kak Tie : SK Puncak Alam 2, Shah Alam, Selangor.
12) Zati : SK Kem Gemas, Negeri Sembilan.
13) Nisa : SK Undang Johol, Negeri Sembilan.
14) Sue : SK Palong 4, Negeri Sembilan.
15) Kak Yuni : SK Pulai Sebatang, Pontian, Johor.
16) Ema : SK Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Sri Ledang Muar, Jementah, Johor.
17) Fay : SK Felcra Bukit Kepong, Johor.
18) Ada : SK ?, Pahang.
19) Wanie : SK Pandan Jaya, Hulu Langat, Selangor.
20) Kak Wan : SK Tundunbohangin, Kinabatangan, Sabah.
* Maklumat terbaharu akan sentiasa dikemaskini. Harap maklum.
sekolahku syurgaku
mari menabur bakti
Oh ye, Encik Baharullah juga ada menelefon bertanyakan perihal posting semua alumni ks. Lalu dikhabarkan bahawa kita semua ini ibarat sirih pulang ke gagang (ditempatkan di Semenanjung Malaysia belaka kecuali Kak Wan). Beliau sudah pulang daripada mengerjakan haji. Tidak bertanyalah pula sekolah yang bakal beliau mengajar selepas ini.
Pesanan Puan Noraini ..
Be an excellent teacher and love the kids ... because it shows your acceptance (redha) with the knowledge you taught.
Puan's e-mail : norainimdyunos@yahoo.com
transformasi

1) Blog The Social Studies sudah diberi nafas baharu. Kali ini, konsep yang dipilih adalah lebih santai dan relaks. Mood ceria sengaja dipilih untuk menggamit pandangan pengunjung blog.
2) Terima kasih atas segala cadangan serta garapan idea untuk menjadikan blog ini terus relevan di hati para pembaca blog, khususnya alumni KS.
3) Teruskan sokongan anda. Sebarang perkembangan alumni akan terus dipaparkan dalam blog ini dari semasa ke semasa, insya-Allah.
4) Sebarang perkongsian pengalaman dan pengetahuan sentiasa dialu-alukan di sini.
promosi & makluman terkini
click to facebook.com
Antara objektif utama kumpulan PISMK OUM IPGKPM ini ialah meneruskan silaturrahim yang sedia antara tiga unit PISMK OUM iaitu, Kajian Sosial, Pendidikan Seni Visual dan Prasekolah. Walaupun kita meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing, kewujudan kumpulan ini diharapkan akan membantu kita terus berhubung dengan teman terchenta yang jauh di mata (selain YM, Skype, MSN serta yang seiring dan sejalan dengannya). Penyertaan rakan-rakan sekalian amat dialu-alukan. Jangan segan-segan ye? Buat macam kelas sendiri. Lebih ramai, lebih meriah.. kan? kan?

Majlis Malam Akhir Tahun
Masa : 7.00 mlm - 11.30 mlm
Tempat : Rumah BU9
Laporan :
Alhamdulillah..majlis berjalan dgn lancar, walaupun smua ad tanda2 kerasukan nk bergambo, tp keadaan berjaya dikawal oleh pengacara majlis..he3x..pada permulaan, majlis agak BISING ngan gelak tawa maklumla lpas solat smua kelaparan..rakus3x..lpas sesi menjamu selera, tentatif diteruskan ngan sesi kejutan..smua tertanya2 apa yg bakal dihadapi..Jeng3x..ad tayangan video+sesi rakusan kek..kek yg awalnye cantek telah berkecai..he3
Namun, cuaca kesedihan mula menyelubungi Bu9 apabila sesi Wasiat Terakhir & Salam Jamai'..*Sob..S0b..Sob..(xdpt nk teruskan sbb sedih..)..apapun terima kasih yg xterhingga kpd smua Kerabat KS yg hadir, smua kenangan kiter akan diabadikan unt selamanya..




Pesanan pembuat VIDEO:
- video ni khas kpd semua PISMK KS..ditayangkn sewaktu sesi Kek Besday..wlaupun, pada awlnye tertinggal pic k.ti (sorry 3x tau)..tp yg ni versi yg dh dibaiki..he3x..so..hope krg enjoy..syg korg smua!!!
majlis tahlil arwah En. Azman
- solat Maghrib berjemaah
- tazkirah ringkas
- majlis tahlil & bacaan Yasin
- jamuan makan
- sesi fotografi "memori bersama selamanya"
kursus induksi sistem saraan Malaysia
atau lebih popular dengan akronim KISSM, telah bermula...

bengkel pengurusan jenazah
bengkel pendidikan pergigian
seminar pendidikan pencegahan dadah
"Pil berharga 50 sen tu bukan 50 sen ye, tapi RM50" -Cik Morni binti Mohammad.
"kamu pakai baju sama ni boria eh? Ooo.. Saya ingat kamu nak buat marhaban pula lepas ceramah ni :p" -Pn. Faizah Hayati binti Haron.
"sekolah kami ni penaja minyak masak Seri Murni" -Shakila (PSV)
"kita tunggu musim penamaan calon.." -En. Zaini bin Zainal Abidin.


Buah kurma berlambak-lambak;
seminar pismk oum

Tarikh : 2 November 2009 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Seri Melor, Anjung Hikmah, IPG KPM
Unit penganjur : unit Kajian Sosial
Program : Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah

Tarikh : 3 November 2009 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Anjung Hikmah
Unit penganjur : unit Pendidikan Seni Visual
Program : Seminar Pendidikan Pergigian

Tarikh : 4 November 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Balai Islam Sayidatina Aisyah (BISA)
Unit penganjur : unit Prasekolah
Program : Seminar Pengurusan Jenazah
- Sila bawa pen marker bagi sesi LDK semasa Seminar Pencegahan Dadah.
- Maklumat terkini berkenaan seminar akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
- Segala kerjasama rakan-rakan KS didahului dengan ucapan terima kasih.
Edisi Oktober
Sedetik bersama, seabad terasa
- Pastinya inilah majlis yang kita semua nanti-nantikan bukan? Lebih-lebih lagi rakan KS. Majlis ini telah berlangsung dengan lancar mengikut perancangan. Alhamdulillah! Walaupun perjalanan menuju ke A Famosa Resort mengambil masa hampir sejam, disusuli sesi raptai (rehearsal), namun keletihan tersebut hilang apabila rakan KS gembira bersuka ria di dalam apartment mereka (Kondominium D'Savoy, Tower 1, level 3).
- Sepanjang majlis berlangsung, lensa kamera digital tidak henti-henti menjalankan tuganya. Katakan apa saja jenama, semuanya ada. Nikon, Kodak, Canon, Olympus, Lumix, Lexus. Lexus? Lexus itu jenama kereta. Lexus tiada.
- Khidmat pesanan ringkas : unit media blog berhasrat menyiarkan foto kalian di blog ini dalam entri terbitan akan datang. Maka, sila muat naik foto aksi yang "fuyoo..cun tak boleh blah" anda di dalam laman sosial Facebook dengan kadar segera. Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

program kembara sosial
- Prog. akan berlangsung selepas peperiksaan akhir semester (final exam) dan sebelum kursus bermula.
- Sekiranya rakan-rakan KS mempunyai sebarang cadangan/komen/bantahan/idea bernas lain, sila kemukakan kepada Che Ada 'comel' dan Kak Wan.
Sekian, harap maklum
8/Okt/2009
rumah terbuka


promosi modul
salam aidil fitri 2009
Soalan tugasan sem 8
- Topik 1 : Kak Ijat & Nisa
- Topik 2 : Kak Yuni & Kak Tie
- Topik 3 : Kak Wan & Zati
- Topik 4 : Sue & Ada
- Topik 5 : Inaz & Yana
- Topik 6 : Wanie & Fay
- Topik 7 : Eyla & Ema
- Topik 8 : Hawa & Naddy
- Topik 9 : Salsabila & Farhana
- Topik 10 : Kak Long & Paah
- Tugasan ISL Pengenalan Antropologi juga boleh dimuat turun melalui pautan yang sama.
- Sila beri salinan softcopy ISL kepada Farhana di kelas.
- Farhana lebih suka sekiranya anda sudi melayangkan emel salinan softcopy ISL anda ke : nfarhana.mohtar@gmail.com
saat nan syahdu
salam perantau
la fotografia de academico
Simfoni September
- Sangat bersopan santun dan bertolak ansur,
- sangat cermat,
- teliti dan teratur,
- suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik,
- pendiam tetapi pandai bercakap,
- sikap sangat cool,
- sangat baik dan mudah simpati,
- sangat prihatin dan terperinci,
- amanah, setia dan jujur,
- kerja yang dilakukan sangat sempurna,
- sangat sensitif yang tidak diketahui,
- orang yang banyak berfikir,
- daya penaakulan yang baik,
- otak bijak dan mudah belajar,
- suka mencari maklumat,
- kawal diri dari terlalu mengkritik,
- pandai mendorong diri sendiri,
- mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi),
- banyak simpan rahsia,
- suka sukan, hiburan dan melancong,
- kurang menunjukkan perasaannya,
- luka hatinya sangat lama disimpan,
- terlalu memilih pasangan,
- sukakan benda yang luas,
- sistematik.
sesi fotografi 09
ulangtahun kelahiran IV
- Suka berlawak
- Mudah tertawan kepadanya
- Sopan santun dan
- caring terhadap orang lain
- Berani dan tidak tahu takut
- Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
- Pandai pujuk orang lain
- Terlalu pemurah & bersikap ego
- Nilai harga diri yang sangat tinggi
- Dahagakan pujian
- Semangat juang yang luar biasa
- Cepat marah & mudah mengamuk
- Mudah marah apabila cakapnya dilawan
- Sangat cemburu
- Daya pemerhatian yang tajam & teliti
- Cepat berfikir
- Fikiran yang berdikari
- Suka memimpin & dipimpin
- Sifat suka berangan
- Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
- Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
- Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
- Belajar untuk relax
- Sikap kelam kabut
- Romantik, pengasih & penyayang
- Suka mencari kawan
ulangtahun kelahiran III
- Sangat seronok didamping
- Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
- Agak pendiam kecuali dirangsang
- Ada harga dan maruah diri
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
- Mudah dipujuk dan bercakap lurus
- Sangat menjaga hati orang lain
- Sangat peramah
- Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
- Berjiwa sentimental Jarang berdendam
- Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
- Tidak suka benda remeh-temeh
- Membimbing cara fizikal dan mental
- Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
- Layanan yang serupa dengan semua orang
- Tinggi daya simpati
- Pemerhatian yang tajam
- Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
- Mudah dan rajin belajar
- Suka muhasabah diri
- Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
- Suka mendiamkan diri
- Suka duduk di rumah
- Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
- Tak agresif kecuali terpaksa
- Lemah dari segi kesihatan perut
- Mudah gemuk kawal tak kawal diet
- Minta disayangi
- Mudah terluka hati tapi lambat pulih
- Terlalu mengambil berat
- Rajin dalam membuat kerja
Mohon Agar Semua Cekal..
Salam aleik.
Hi alls.
Posting! Posting!
Gerun kan dengar?
Sebut saja posting mesti nampak sampan atau boat.
Sebut saja boat, mesti nampak posting atau sampan.
Sebut saja..bla bla.
Yang pastinya..dalam tempoh kurang 6 bulan lagi, ada haluan yang lebih menarik untuk dituju..insyaallah.
Namun, sudah resam menjadi guru, onak dan duri datang dalam pakej pendidik..setuju kan? Jadi, mudah-mudahan, jika semakin berat parah dugaan yang datang, akan semakin tegar, teguh dan mapan hati kita untuk berjuang sebagai khalifah ALLAH yang sarat dengan tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa..
Mohon agar kita bijak mencorak anak didikan kita. Padamkan api perkauman. Padamkan api perkauman. Padamkan api perkauman. Berikan satu nasihat yang dapat menyatu semua bangsa tanpa memilih jalan untuk mendua..nauzubillah..
Renung-renungkan kawan-kawan..Moga ALLAH sentiasa menyangi dan memelihara kita semua dengan keberkatan dan pertolonganNYA yang tak akan pernah putus..Amin :)
virus cinta
exam attack
remember to print out ur exam slip n jadual exam..
kite exam 3 hari jek..lps tu bole la bersuke ria kat kg msg2..
di kesempatan ini sy nak ucapkan kpd kengkawan 'bittaufiq wan najah' @ selamat berjaya @ good luck..study2 jgn x study..
Jadual exam semester Jan 09
Isnin (25 Mei 2009)
Ujian,Pengukuran & Penilaian dlm Pj
Selasa (26 Mei 2009)
Pembestarian Pembelajaran & Pengajaran BM
Pengenalan Sosiologi (semoga round-robin ustaz Ako berjaya)
Khamis (28 Mei 2009)
Manusia & Alam Sekitar
Makro Ekonomi (killer subject..huish)
Jumaat (29 Mei 2009)
Packing barang blik rumah..hoorey..
seLoka suka-suki PISMK OUM KS
Assalamualaikum pembuka bicara
Salam diatur tatapan pembaca
Kami paparkan satu seloka
Celoteh PISMK KS punya cerita
Kelas kami tak pernah sunyi
Ada gilanya adalah seri
Pelajaran pula tak pernah ketepi
Semuanya 20 orang puteri..
Hawa Fathihah empunya diri
Ratu bollywood kelas kami
Orangnya cantik bergaya sekali
Jawatan K.U kami beri
Penolong K.U jawatan disandang
Sidratul Ayuni tersenyum senang
Jarang sekali dia meradang
Walaupun kelas lintang pukang
Mukanya merah pantang dipuji
Digelar Kak Long di kelas kami
Nur Amirah nama terperi
Anak ustaz sempoi sekali
Bagaikan murai tercabur ekor
Nampak kerek tapi berbudi
Dalam ujian selalu score
Itulah Nurul Suhada nama terpatri
Sopan santun raut wajahnya
Suka menyanyi tak kira masa
Petikan gitar pilihan jiwa
Noorfarhah pingping empunya cerita
Syamilah pula sederhana orangnya
Semasa belajar senyap sahaja
Tapi bila dia mula bercerita
Dunia ini dialah yang punya
Nurul Farhana blogger kami
Pencinta buku hebat sekali
Wani pula namanya diri
Bila disakat buat tak reti
Pergi kuliah bersama-sama
Ke sana ke mari mesti berdua
Mengalahkan orang sedang bercinta
Nisa dan Jajat empunya cerita
Orangnya ceria kalut sekali
Namanya Norema indah terpatri
Dari Perlis asalnya diri
Tersenyum manis selalu happy
Dari negeri cik siti wan kembang
Motor oren pujaan hati
Cikgu mengajar dia bersembang
Itulah Kak Wan ‘fair and lovely’
Kak Tie tuan si kereta Baby
Tapi bawa tak pernah sekali
Upah driver tak beri gaji
Sanggup ke Giant berjalan kaki
Kecil molek berkaca mata
Digelar 'salesgirl' kelas kami
Itulah cerita si Nursyuhada
Pandai berpantun menambat hati
Bertudung labuh manis dan sopan
Bekas YDP IPG kami
Salsabila sentiasa disenangi rakan
Menjalankan tugas penuh dedikasi
Nampak pendiam tapi suka berkawan
Tinggi lampai berkaca mata
Orangnya putih menjadi igauan
Tentulah Hafezah empunya nama
Satu-satunya puteri sudah disunting
Isteri mithali hajat di hati
Orangnya jarang sekali melenting..
Puan Iziana Fairus gelaran diberi...
Bermuka serius digeruni rakan
Tapi sebenarnya gila-gila
Itulah Naddy nama gelaran
Suruh bercakap bijak sahaja
Soalan intelek suka ditanya..
Sifat inkuiri sangatlah tinggi
Membuat kami terpinga-pinga
Itulah Izzati nama diberi
Setakat ini seloka kita
Semoga terhibur rakan semua
Harap jangan ada yang terasa
Kerana seloka ini sekadar berjenaka
Berakhir sudah seloka kami
Ampun maaf pohon di hati
Gurau bukan menyakitkan hati
Jumpa lagi dalam kelas nanti..hehe
ulangtahun kelahiran II
- Sangat aktif dan dinamik
- Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
- Sangat menarik dan pandai manjakan diri
- Punya daya mental yang sangat kuat
- Suka diberi perhatian
- Sangat diplomatik (pandai memujuk).
- Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
- Sangat berani dan tiada perasaan takut
- Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
- Emosi cepat terusik (Try control the emotion)
- Kecenderungan bersifat dendam
- Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
- Kuat daya ingatan
- Gerak hati yang sangat kuat
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
- Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
- Sangat cemburu dan terlalu cemburu.
- Kekerasan hati & degil
- Kuat semangat & bermotivasi tinggi
- Pemikiran yang tajam
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
- Perasaan yang amat mendalam
- Cantik dari segi mental & fizikal
- Tidak perlu dimotivasikan
- Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
- Mudah dipujuk
- Bersikap sistematik (otak kiri)
- Suka berangan
- Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
- Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
- Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam
- Pandai berdebat
- Fizikal yang baik
- Kelemahan sistem pernafasan
- Suka sastera, seni & muzik serta melancong
- Tidak berapa suka duduk di rumah
- Tidak boleh duduk diam
- Tidak punya ramai anak
- Rajin dan bersemangat tinggi
- Agak boros